How it works
At Try and Review, we promote authentic reviews because we want to help consumers make the best buying decisions. Whether your experience was positive or poor, we encourage members to exercise complete honesty.

Bagaimana kami boleh membantu?
Cari di bawah atau pilih salah satu daripada grup utama untuk mendapatkan jawapan kepada semua soalan anda tentang Try & Review.
Daftar/ Akaun
Adakah saya perlu menjadi penguji produk untuk mengulas tentang sesuatu produk? Atau bolehkah saya mengulas tentang produk yang saya pernah beli sebelum ini?+-
Anda bebas menulis tentang sebarang produk dan anda tidak perlu menjadi penguji produk untuk menulis ulasan di laman web kami. Anda boleh mula menulis ulasan pertama anda hari ini! Apa yang anda perlu lakukan ialah mendaftar sebagai Ahli, yang mana semua orang perlu lakukannya kerana ianya percuma dan mudah, jadi sertai kami disini:Sertai Sekarang
Bagaimanakah cara untuk saya menjadi penguji produk di negara saya?+-
Untul mendaftar sebagai penguji produk, pertama sekali, anda perlu menjadi ahli yang mana sangat mudah dan percuma untuk dibuat, daftar disini. Jika anda sudah mendaftar, selamat datang! Anda boleh melihat ujian-ujian yang sedang berlangsung semasa anda berada dalam akaun anda. Selepas itu, ianya sangat mudah untuk memohon pengujian produk, hanya klik mohon untuk melengkapkan borang permohonan untuk sebarang ujian produk yang and berminat. Anda akan dimaklumkan melalui e-mel sekiranya anda terpilih!Sertai Sekarang
Adakah anda membayar penguji produk anda?+-
Kami tidak membayar penguji produk kami untuk menguji atau memberi maklum balas untuk produk dan kami tidak mengenakan cas penghantaran kepada penguji produk kami. Di Try & Review, anda menerima produk sebenar daripada jenama untuk dicuba dan nilai ia secara jujur dan ia sepenuhnya percuma!
Apa itu program Duta? Adakah anda mempunyai program Pempengaruh?+-
Try & Review mempunyai program Duta/Pempengaruh yang sesiapa sahaja boleh memohonnya! Serlahkan kehebatan anda dalam permohonan tersebut untuk berpeluang menyertai dan menikmati kelebihan tambahan. Anda boleh mengetahui lebih lanjut di sini:Program Duta
Bagaimanakah saya melaporkan tentang pepjiat atau masalah yang saya hadapi?+-
Kami melakukan yang terbaik untuk memastikan waktu aktif yang maksimum dan pengalaman yang lancar untuk pengguna komuniti kami, namun untuk melakukannya, kami perlu menerapkan kemaskini laman web, dan kadang kala menghadapi masalah sementara. Jika anda menemui sebarang masalah atau sedang menghadapi isu, anda boleh menghubungi kami di sini:Hubungi Kami
Bagaimanakah cara saya menetapkan semula kata laluan?+-
Sekiranya anda lupa kata laluan anda, jangan risau, itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja! Ikuti beberapa langkah berikut: 1- Klik "Lupa kata laluan?" di halaman log masuk/pendaftaran. 2- Masukkan e-mel anda dan ikuti prosedur untuk mendapatkan kata laluan yang baru. 3- Setelah anda mempunyai kata laluan yang betul, hanya log masuk! Sekiranya anda masih tidak dapat menetapkan semula kata laluan anda, sila dapatkan bantuan di sini:Hubungi Kami
Bagaimanakah saya nyahlanggan daripada e-mel?+-
Kami melakukan yang terbaik untuk menghormati dan menghargai keinginan para pelanggan kami untuk menerima konten kami. Untuk berhenti menerima e-mel daripada kami, hanya buka e-mel terakhir yang dihantar kepada anda dan klik pautan "berhenti melanggan" di bahagian bawah e-mel. Perhatian: Ada langganan e-mel yang berasingan untuk jenis komunikasi yang berbeza seperti Surat Berita Bulanan dan Pengumuman Ujian yang anda boleh hentikan langganannya. Sesetengah e-mel adalah respons terhadap tindakan anda seperti permohonan ujian adalah dianggap sebagai transaksi dan kerana itu tidak ada pautan "berhenti melanggan". Untuk berhenti menerima e-mel jenis ini, anda harus menyahaktifkan akaun anda dan meninggalkan komuniti Try&Review.
Mengapakah e-mel saya memaparkan bilangan ulasan yang salah?+-
Kami akan menghantar e-mel kepada anda secara berkala yang akan menyatakan jumlah ulasan yang telah anda tulis dalam 12 bulan terakhir. Diingatkan bahawa bilangan ini hanya tepat mengikut pada masa ia dihantar, dan tidak termasuk ulasan yang telah anda hantar tetapi belum diterbitkan, yang mana menyebabkan jumlah yang tidak dijangka. Jangan bimbang, ulasan anda akan diterbitkan selagi mana ia mematuhi garis panduan kami.
Bagaimanakah saya boleh memadam akaun saya? (Lupakan maklumat saya)+-
Oh tidak! Kami sedih mendengar anda telah mengambil keputusan ini. Sila ambil perhatian bahawa "Pemadaman Akaun" tidak boleh dibatalkan dan anda tidak akan dapat memulihkan data ini nanti atau mengaktifkan kembali akaun anda. Kandungan ulasan dan penarafan yang telah dihantar di platform kami akan tetap awanama untuk terus menyampaikan produk dan layanan kami kepada pengguna dan klien serta untuk tujuan analisis penggunaan platform. Try and Review menafikan sebarang tanggungjawab terhadap Ahli atau mana-mana pihak ketiga disebabkan oleh penutupan akaun. Data Peribadi yang dipadam akan dibuang dengan cara yang melindungi privasi Data Peribadi dengan sewajarnya.Hubungi Kami
Mengapakah ulasan saya ditolak/dipadam?+-
Alasan paling biasa untuk penolakan ulasan adalah kerana ulasan tersebut merupakan pendua dan ia dipadam untuk menjaga ketepatan hasil kami. Ketelusan dan keadilan sangat penting bagi kami, dan kami yakin tindakan ini akan memastikan integriti platform kami. Walaupun jarang berlaku, kami juga mungkin menerima ulasan yang tidak mengikut garis panduan kami untuk mengelak penggunaan bahasa yang tidak sesuai, atau ulasan difokuskan kepada masalah penghantaran daripada produk itu sendiri contohnya. Anda boleh menyemak garis panduan lengkap di sini:Garis Panduan Ulasan
Sedang Diulas
Saya ingin menulis ulasan pertama saya. Apakah yang saya patut sertakan di dalam ulasan saya?+-
Hore! Terima kasih kerana mengambil langkah pertama dalam mengongsikan pandangan berharga anda. Anda boleh menemui segala yang anda perlukan untuk menulis ulasan yang hebat dengan membaca tip-tip disini:Tips untuk menulis ulasan
Bilakah ulasan saya diterbitkan?+-
Anda telah menghantar ulasan anda dan tidak sabar untuk berkongsi dengan komuniti? Hebat! Ia mungkin tidak diterbitkan serta merta, namun jangan risau, ia akan diterbitkan selepas pasukan kami menluluskannya. Ulasan anda sedang melalui verifikasi untuk memastikan yang ia mematuhi garis panduan kami untuk mengekalkan integriti laman web kami dan komuniti yang mesra.
Saya tidak menemui suatu produk di laman web anda, bagaimanakah saya boleh menambah produk baru?+-
Itu soalan yang bagus!. Ianya sangat mudah untuk menambah produk baru. Hanya pergi ke bahagian bawah halaman dan klik pada Hubungi Kami. Anda boleh menghantar permintaan untuk menambah suatu produk ke laman web kami dan pasukan sokongan kami akan merekodkan permintaan anda. (Sila kongsikan maklumat sebanyak mungkin pada setiap produk. Anda juga boleh berkongsi pautan ke produk dari kedai setempat!)
Bagaimanakah cara untuk saya menghantar ulasan?+-
Kami bangga dalam menjadikan penulisan ulasan mudah dan menyeronokkan. Ia sentiasa bermula dari sebuah produk, jadi cari di halaman produk dengan melihat-lihat di sekitar laman web atau aplikasi mudah alih (anda juga boleh mengimbas barkod produk jika anda menggunakan aplikasi), dan klik "Hantar Ulasan". Sudah tentu anda harus menjadi ahli komuniti terlebih dahulu. Jika tidak, anda boleh menyertai secara percuma hari ini!Sertai Sekarang
Mengapakah ulasan saya ditolak/dipadam?+-
Alasan paling biasa untuk penolakan ulasan adalah kerana ulasan tersebut merupakan pendua dan ia dipadam untuk menjaga ketepatan hasil kami. Ketelusan dan keadilan sangat penting bagi kami, dan kami yakin tindakan ini akan memastikan integriti platform kami. Walaupun jarang berlaku, kami juga mungkin menerima ulasan yang tidak mengikut garis panduan kami untuk mengelak penggunaan bahasa yang tidak sesuai, atau ulasan difokuskan kepada masalah penghantaran daripada produk itu sendiri contohnya. Anda boleh menyemak garis panduan lengkap di sini:Garis Panduan Ulasan
Pengujian Produk
Adakah saya perlu menjadi penguji produk untuk mengulas tentang sesuatu produk? Atau bolehkah saya mengulas tentang produk yang saya pernah beli sebelum ini?+-
Anda bebas menulis tentang sebarang produk dan anda tidak perlu menjadi penguji produk untuk menulis ulasan di laman web kami. Anda boleh mula menulis ulasan pertama anda hari ini! Apa yang anda perlu lakukan ialah mendaftar sebagai Ahli, yang mana semua orang perlu lakukannya kerana ianya percuma dan mudah, jadi sertai kami disini:Sertai Sekarang
Bagaimanakah cara untuk saya menjadi penguji produk di negara saya?+-
Untul mendaftar sebagai penguji produk, pertama sekali, anda perlu menjadi ahli yang mana sangat mudah dan percuma untuk dibuat, daftar disini. Jika anda sudah mendaftar, selamat datang! Anda boleh melihat ujian-ujian yang sedang berlangsung semasa anda berada dalam akaun anda. Selepas itu, ianya sangat mudah untuk memohon pengujian produk, hanya klik mohon untuk melengkapkan borang permohonan untuk sebarang ujian produk yang and berminat. Anda akan dimaklumkan melalui e-mel sekiranya anda terpilih!Sertai Sekarang
Adakah anda membayar penguji produk anda?+-
Kami tidak membayar penguji produk kami untuk menguji atau memberi maklum balas untuk produk dan kami tidak mengenakan cas penghantaran kepada penguji produk kami. Di Try & Review, anda menerima produk sebenar daripada jenama untuk dicuba dan nilai ia secara jujur dan ia sepenuhnya percuma!
Bagaimana saya boleh tahu sekiranya saya terpilih untuk suatu ujian?+-
Sekiranya anda terpilih untuk suatu pengujian produk, kami akan maklumkan kepada anda melalui e-mel, bila produk itu akan dihantar, Jadi, jangan lupa untuk memeriksa peti surat anda! PERHATIAN: Sila pastikan bahawa alamat penghantaran dan nombor telefon adalah yang terkini dalam profil anda.
Bagaimanakah anda memilih penguji produk?+-
Penguji produk dipilih di antara sekumpulan pemohon berdasarkan bilangan produk percuma yang tersedia dan kriteria profil yang diperlukan oleh jenama. T&R sentiasa mengutamakan ahli yang aktif yang sering menyumbang ulasan kepada komuniti.
Bagaimanakah saya boleh meningkatkan peluang saya untuk terpilih sebagai penguji produk?+-
Kami mencuba yang terbaik untuk melibatkan seramai mungkin penguji produk tetapi kadangkala kami tidak memiliki produk yang cukup untuk semua orang. Untuk meningkatkan peluang anda untuk terpilih bagi pengujian produk seterusnya: Pastikan anda melengkapkan semua medan maklumat pada profil anda dan terus melibatkan diri. Tulis ulasan sekerap yang mungkin tentang produk-produk yang anda telah cuba, kami sarankan minimum 3 ulasan dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
Bilakah saya akan menerima produk ujian saya?+-
Selepas dipilih, anda akan menerima produk anda dalan masa 7 hari dari tarikh penghantaran. Jika parsel anda tidak sampai selepas 14 hari, sila hubungi kami di sini dankami akan mencuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.Hubungi Kami
Adakah produk percuma yang dihantar sama dengan yang boleh didapati di kedai?+-
Saiz atau kuantiti sampel produk percuma ditentukan oleh jenama yang menjadi rakan kongsi kami untuk ujian produk. Selalunya, produk anda dihantar dalam saiz asal dan kadang kala bersaiz "sampel", mana-mana jenis pun adalah untuk anda ambil dan gunakan!
Apa itu program Duta? Adakah anda mempunyai program Pempengaruh?+-
Try & Review mempunyai program Duta/Pempengaruh yang sesiapa sahaja boleh memohonnya! Serlahkan kehebatan anda dalam permohonan tersebut untuk berpeluang menyertai dan menikmati kelebihan tambahan. Anda boleh mengetahui lebih lanjut di sini:Program Duta
Bagaimanakah saya melaporkan tentang pepjiat atau masalah yang saya hadapi?+-
Kami melakukan yang terbaik untuk memastikan waktu aktif yang maksimum dan pengalaman yang lancar untuk pengguna komuniti kami, namun untuk melakukannya, kami perlu menerapkan kemaskini laman web, dan kadang kala menghadapi masalah sementara. Jika anda menemui sebarang masalah atau sedang menghadapi isu, anda boleh menghubungi kami di sini:Hubungi Kami
Adakah saya perlu membayar kos penghantaran?+-
Sekiranya anda telah dipilih sebagai penguji produk,anda akan menerima produk tersebut secara Percuma, termasuk penghantaran! Satu-satunya perkara yang kami minta sebagai gantinya ialah anda menulis ulasan yang jujur di laman web kami selepas anda mencubanya. Perhatian: Kadang kala kami jalankan kempen "beli dan bayar balik", yang mungkin anda dikehendaki membeli produk secara dalam talian, membayar harga produk tersebut dan kos penghantarannya, kemudian menuntut bayaran balik amaun yang telah dibelanjakan. Dalam kes seperti ini, jumlah bayaran balik akan meliputi harga produk dan kos penghantaran.
Apa itu kempen "Beli & Bayar Balik"?+-
Kadang-kadang, kami akan diminta oleh jenama rakan kongsi kami untuk menjalankan kempen "Beli & Bayar Balik". Perkara ini memerlukan ahli yang dipilih untuk membeli produk tersebut sendiri dari saluran yang disenaraikan. Dalam kes seperti ini, Try & Review akan mengeluarkan bayaran balik penuh termasuk kos penghantaran kepada ahli selepas menyelesaikan misi yang dipersetujui semasa membuat permohonan untuk kempen tersebut.
Bilakah saya akan menerima bayaran balik saya?+-
Sekiranya anda mengambil bahagian dalam kempen "Beli & Bayar Balik", bayaran balik akan diberikan di akhir kempen selepas ahli menyelesaikan misi kempen mereka. Perhatian: Kami sentiasa lakukan yang terbaik untuk memastikan proses ini diproses tepat pada waktunya dan kami akan memberitahu anda apabila ia selesai. Jangan bimbang, anda akan mendapatkan bayaran balik untuk pembelian yang anda lakukan selagi mana anda dapat memberikan maklumat yang diperlukan seperti bukti pembelian dan ulasan anda.Hubungi Kami
Mengapakah tiada pengujian produk di negara saya?+-
Perkara ini berlaku dari semasa ke semasa. Pasukan kami bekerja keras untuk mencari jenama rakan kongsi untuk menjalankan pengujian produk yang baru di semua negara di mana kami beroperasi. Yakinlah bahawa kami akan melakukan yang terbaik untuk memberi notifikasi segera sebaik sahaja pengujian produk yang relevan tersedia di negara anda. Anda juga boleh mengikuti saluran sosial kami di mana kami mengumumkan ujian produk sebaik sahaja ia tersedia:T&R di Facebook
Tentang Kami
Apakah sebenarnya Try & Review?+-
Try & Review adalah sumber yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk ulasan pengguna yang asli meliputi lebih 30K produk dalam 12 kategori: Kecantikan, Penjagaan Diri, Penjagaan Kulit, Penjagaan Rambut, Pewangi, Mandian & Badan, Kesihatan, Rumah, Bayi, Makanan, Haiwan Kesayangan, dan Elektronik. Try & Review fokus pada komuniti yang dipacukan pengguna yang memberi manfaat kepada kedua-dua pengguna dan jenama melalui pengujian produk dan perkongsian ulasan. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai kami disini:Tentang Kami
Try & Review berpangkalan di mana?+-
Try & Review berpangkalan di Singapura dan beroperasi di 17 buah negara! Negara-negara yang kami liputi termasuk Singapura, Australia, Vietnam, Malaysia, Indonesia, India, Hong Kong, Filipina, Thailand, Afrika Selatan, Brazil, New Zealand, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Sepanyol, Jerman, dan United Kingdom.
Adakah terdapat Peluang Pekerjaan di T&R?+-
Kami gembira mendengar berita dari anda! Kakitangan kami makan dan tidur dengan ulasan produk, dan kami menyambut pemohon yang mempunyai pemikiran yang sama. Try & Review akan menambahkan Peluang Pekerjaan baru secara berkala ke halaman Kerjaya & Pekerjaan yang khas di sini:Kerja & Kerjaya
Adakah data saya selamat dan dilindungi, apakah dasar privasinya?+-
Kami menghargai privasi anda dan melakukan yang terbaik untuk mematuhi kaedah untuk menangani data anda yang paling selamat dan dipercayai. Anda boleh melihat butiran terperinci Dasar Privasi kami di sini:Dasar Privasi
Apakah terma dan syarat umumnya?+-
Try & Review adalah tentang berseronok mengulas tentang produk. Namun begitu, kami mempunyai Terma & Syarat lengkap kami yang boleh didapati di bahagian bawah laman web kami, ini pautannya:Terma & Syarat
Untuk Jenama
Saya mewakili suatu jenama dan mahu produk saya disenaraikan di laman web Try & Review. Bagaimanakah kita boleh bekerjasama?+-
Hebat, kami teruja ingin mendengar dari anda. Sila lawati brands.tryandreview.com atau gunakan borang hubungan ini untuk menghubungi kami.Hubungi Kami