Garis Panduan untuk Ulasan

Try and Review mahu mendengar pendapat anda!  Di komuniti Try and Review, pengguna dibenarkan untuk memberi pelbagai jenis kandungan termasuk ulasan, tip, foto dan video. Untuk pastikan hanya kandungan yang asli, telus dan bernilai sahaja tersedia untuk pengguna kami, standard yang sama digunakan untuk menilai semua kandungan.

  • Pengesahan emel daripada satu alamat emel yang aktif atau satu akaun media sosial yang sah diperlukan untuk setiap pengguna yang menghantar kandungan.
  • Kami percaya bahawa semua orang mempunyai hak untuk memberi pandangan dan didengari tanpa rasa takut akan sebarang denda atau hukuman, selagi ulasan itu mematuhi panduan di bawah.
  • Sebagai platform ulasan yang neutral, kami tidak menilai merit pandangan yang diluahkan di halaman ini dan kami tidak menyelidik fakta kandungan.
  • Pengesahan tidak dibuat ke atas mana-mana pandangan yang diluahkan oleh pengulas atau pemilik jenama dalam respon ke atas ulasan yang diberikan.
  • Kami tidak memadam atau mengubah teks ulasan atau komen yang dihantar ke halaman ini, tidak kira sekecil mana sekalipun.
  • Kami tidak pernah menapis atau memadam kandungan walaupun ianya ulasan yang negatif

Panduan am berikut dibuat untuk menjadikan platform ini selamat dan mesra. Semua ulasan melalui satu proses penilaian dan jika didapati kandungannya tidak menepati standard kami, ulasan tersebut tidak akan diterbitkan.

  • Bahasa Yang Tidak Sesuai, Ganas atau Berbau Kebencian. Jika kandungan ulasan mengandungi bahasa menghina atau lucah, mencabul atau mengganggu, diskriminasi atau mengancam.
  • Kandungan Spam. Jika ulasan mengandungi URL(s) atau SPAM, tidak masuk akal atau mempromosi barangan peribadi.
  • Pengulas Palsu. Jika pengulas dikenalpasti cuba menipu, seperti menulis ulasan bagi jenama pihak pelanggan atau pengulas dibayar untuk menulis ulasan palsu.
  • Menyeluruh. Sila pastikan anda menyumbang kandungan yang berguna, terperinci dan jelas. Jadikanlah halaman ini berfaedah untuk semua pengguna.
  • Relevan. Tambahan kepada ulasan yang menyeluruh, anda juga perlu memberi pendapat, foto atau video yang relevan dan sesuai dengan produk. Jika ulasan tidak menjelaskan pengalaman pengguna, kami tidak akan menerbitkan ulasan tersebut. Untuk tip-tip bagaimana menulis ulasan, klik di sini.
  • Jumlah Minimum Perkataan. Tiada had jumlah perkataan ditetapkan untuk ulasan tetapi kami menetapkan setiap teks ulasan yang dihantar hendaklah sekurang-kurangnya 100 huruf(aksara). Ulasan tersebut bukan sekadar menyatakan anda menyukai sesuatu produk, tetapi sila jelaskan kenapa anda menyukainya.
  • Ulasan Pendua. Jangan sesekali menyalin dan menampal semula isi kandungan yang anda ambil dari halaman atau pengguna lain. Sila tulis sendiri teks ulasan dan lampirkan foto dan video milik anda sendiri.
  • Sulit. Berhati-hati untuk tidak mengumumkan maklumat peribadi orang lain. Ini termasuklah foto atau video tanpa kebenaran dan nama penuh atau maklumat untuk dihubungi orang tersebut.

Ulasan yang tidak melepasi standard yang telah kami tetapkan akan disemak semula oleh pihak pengurusan ataupun tidak akan diterbitkan. Pengulas yang berulang kali tidak mematuhi garis panduan kami, cubaan menyalahgunakan platform atau telah dikenalpasti sebagai spam akan menyebabkan semua ulasannya dihapuskan, akaun pengguna akan digantung atau ditamatkan dan mungkin juga akan dikenakan denda, sehingga dan termasuk hukuman di sisi undang-undang.

Kami menggalakkan pada sesiapa untuk menghubungi kami. sekiranya anda mengesyaki bahawa Garis Panduan ini tidak dipatuhi dalam apa jua cara.

Kami menyiasat kebimbangan ini dengan teliti dan akan mengambil tindakan yang sesuai.

Garis Panduan untuk Ulasan

In order to empower people to produce authentic and unbiased reviews, Try & Review has established some guidelines to make sure that everybody has the best experience. Let your light shine bright!