Di Try & Review, kami menggalakkan ulasan yang tulen kerana kami ingin membantu pelanggan membuat keputusan bijak ketika membeli. Samada pengalaman anda semasa mencuba produk adalah positif atau tidak ,kami masih menggalakkan ahli memberi ulasan.yang jujur.
Tahniah, anda bersedia untuk menulis ulasan yang pertama! Ikuti proses seterusnya untuk menulis dan menerbitkan ulasan anda di laman web Try & Review. Selamat Menulis!
*Lihat langkah-langkah di bawah untuk tahu bagaimana menerbitkan ulasan pertama anda.
DAFTAR:
Adakah anda seorang ahli Try & Review? Jika tidak, daftar di sini. Tiada sebarang caj dikenakan untuk pendaftaran!
SKOR:
Dengan skala 1 hingga 5, dari lemah ke cemerlang, bagaimana anda menilai:
-
Pembungkusan
-
Harga
-
Rasa (jika berkenaan)
-
Tekstur (jika berkenaan)
Selepas anda membuat keputusan muktamad, pilih skor untuk setiap kategori dengan teliti.
ULASAN:
Kini luahkan apa yang anda rasa dalam bentuk tulisan! Pertimbangkan beberapa tip berikut semasa menulis ulasan anda:
Spesifik. Apakah ciri-ciri yang anda suka? Jangan hanya tulis anda sukakan produk tersebut, tapi jelaskan kenapa. Ceritakan pengalaman spesifik anda dengan jelas – lebih terperinci, lebih baik dan menarik.
Mudah dibaca. Gunakan tatabahasa yang betul dan pastikan anda semak ejaan sebelum menghantar.
Objektif. Cuba tonjolkan pandangan positif dan negatif dalam ulasan anda walaupun pengalaman anda lebih cenderung ke satu arah sahaja semasa mencuba produk tertentu.
Relevan. Cuba elakkan topik yang tidak berkenaan atau pendapat peribadi yang tiada kaitan langsung dengan pengalaman mencuba produk itu.
NOTA: Tip-tip di atas tidak ada dalam panduan ulasan tetapi boleh dijadikan rujukan untuk membuat ulasan produk agar ianya lebih berguna dan ditulis dengan lebih baik.
CADANG & KONGSI:
Apakah kebarangkalian anda akan membeli produk ini lagi pada masa akan datang? Agak-agak anda akan mempromosikan produk ini kepada orang tersayang? Selepas ulasan anda terbit, kongsikannya dengan kenalan dan keluarga di media sosial anda. Jangan lupa letakkan tanda pagar (hashtag) kami, #tryandreview!
BAGAIMANA MEMBUAT ULASAN PERTAMA ANDA
-
Klik pada butang Hantarkan Ulasan yang terdapat pada sebelah kanan halaman.
2. Bagi satu tajuk pada ulasan anda.
3. Tulis komen anda di dalam kotak kosong yang disediakan.
Sila berikan maklumbalas terperinci
Di Try & Review, kami menggalakkan ulasan yang tulen kerana kami ingin membantu pelanggan membuat keputusan bijak ketika membeli. Samada pengalaman anda semasa mencuba produk adalah positif atau tidak ,kami masih menggalakkan ahli memberi ulasan.yang jujur.
4. Dari skala 0 hingga 10, nilaikan bagaimana kecenderungan anda untuk:
a. membeli produk ini dalam masa 3 bulan akan datang
b. sarankannya kepada kenalan
5. Pilih bagaimana anda mendapat produk ini.
6. Nilaikan produk dari skala 1 hingga 5, di mana 5 adalah skala yang tertinggi.
7. Lengkapkan ulasan dengan melampirkan sekeping foto anda bersama produk tersebut.
8. Tekan hantar
Terima kasih kerana membantu komuniti Try & Review untuk membuat pilihan produk dengan lebih baik!